Sunday, April 4, 2010

Penerangan Ringkas Proses mendapatkan lesen


1. Mula -> Calon membuat pendaftaran permohonan lesen memandu.
2. Calon menghadiri sesi ceramah undang-undang selama 5 jam (KPP)
3. Calon mengambil ujian KPP. Jika gagal, calon perlu mengambil semula ujian tersebut pada hari yang lain.
4. Jika lulus, calon perlu menghadiri sesi ceramah atau sesi Teori mengikut kelas lesen yang dipilih.
5. Calon mengambil sesi Amali selama 3 jam.
6. Proses Lesen 'L' akan dilakukan oleh pihak institut.
7. Setelah lesen 'L' siap, calon boleh menjalani latihan memandu / belajar memandu selama 9 jam (jam terkumpul).
8. Setelah mencukupi latihan memandu selama 9 jam terkumpul, calon perlu menjalani sesi pra-ujian memandu / Ujian Percubaan (QTI) selama 1 jam.
9. Calon mengambil Ujian JPJ pada hari yang ditetapkan.
10. Calon dapat ketahui Keputusan Ujian JPJ setelah tamat ujian. Jika gagal, calon boleh mengambil semula ujian JPJ pada minggu berikutnya.
11. Jika lulus ujian JPJ, proses pengeluaran lesen 'P' akan dilakukan. -> Tamat



Lyiena Sekolah Memandu

Sekolah Memandu kami adalah salah sebuah daripada cawangan Istitut Memandu IMKEDA yang bertempat di Cheras . kami menawarkan pakej-pakej Lesen Kenderaan Darat yang terbaik dengan bayaran yang berpatutan. Pejabat kami bertempat di 4-1 Jalan 20c/146 Desa tasek, 57000 Sg Besi,KL. tel No: 0126894200